Labels

Wednesday, May 11, 2011

Tips Pergi Melancong & Bercuti

Sempena nak pergi bercuti esok ke Sarawak so mmg mood nak bekerja ni x berapa nak ada la katakan..tp dah kerana hari ni bertugas jaga telefon...so suka ataw x..kena jawapb la jugak...So tetiba nak aku terfikir nak buat entry tip-tip melancong ni untuk dikongsi ngan kwn2 yg lain...


Ini adalah antara tip-tip yg boleh dipraktikkan ye kwn2....

1. Rancang cuti anda
Mesti lah kena rancang, takut tak sempat apply cuti.Tp bagi aku ngan B..mmg x boleh nak plan sgt sbb jadual kerja B yg x menentu..Tp bg mereka yg kerja x jadual boleh arrange kena betul-betul tetapkan tarikh yang semua available(hubby & wife & kids). Bagi yang ada anak sekolah, kena lah apply masa cuti sekolah 






2. Pilih Destinasi Percutian.
Untuk menambahkan pendapatan negara, baik lah melancong dalam negeri ajer.[ayat orang tak berapa banyak duit macam ni lah..hahaha]tp kalau ada duit lebih x salah untuk pergi melihat negara org kan...jauh berjalan luas pengalaman...


3. Pilih untuk melancong pada hari biasa (bukan hari minggu).
Langkah bijak buat anda yang mahu pergi melancong dengan memilih hari biasa berbanding hari minggu. Banyak sebab hal ini perlu dititik beratkan. Pertama sekali tentunya kos yang lebih jimat berbanding hari minggu. Di hari minggu kebanyakan pusat peranginan mahupun tempat tumpuan pelancong akan dibanjiri ribuan pengunjung termasuk juga tempat penginapan. Waktu ini caj yang dikenakan untuk sebuah bilik adalah lebih mahal berbanding dengan harga biasa.Tp bg mereka yg ada anak sekolah susah sikit la kan..Tp bg aku buat masa ni ok lagi..hehe

4.Buat kajian (survey) tempat yang bakal dilawati. 
Sebelum pergi bercuti ke tempat idaman, adalah lebih baik untuk meninjau sedikit info mengenainya dahulu. Ketahui lokasi menarik untuk dilawati, harga serta pengangkutan awam yang boleh digunakan di sana kelak. Jalan paling mudah adalah menerusi internet. Semua maklumat boleh anda perolehi hanya di hujung jari sahaja. Pelbagai maklumat berguna boleh anda dapatkan di sini.Sbb ini bg mengelak kita akan menjadi blur...atleast bila dah survey..kita taw


5. Booking flight/ Servis Kereta 
Bagi yang suka booking flight , mesti dah tahu bila nak dapatkan tambang murah kan.Macam sekarang kat Air Asia kan selalu ada promosi.,so apalagi rajin2 la men'google"...Bg aku ngan B..kalau setakat melancong dlm Semenanjung Malaysia ni je..kami akan gunakan kereta kami je...senang,mudah & ringkas.



6.Tempah Bilik/Hotel/Chalet Awal 
Pastikan bilik ada yer untuk destinasi percutian anda.Kang tak pepasal kena tido masjid pulak.hehehehe.Tp sepanjang aku ngan B pergi bercuti kami mmg suka terjah so jgn ikut taw...hahaha...tp Allah je yg taw...masa nak cr tu mmg payah la...tp yg untungnya...kami jenis x kisah stay mana pun..tp bila dah ada anak ni..mungkin kami kena consider kot..


7. Double confirm Flight / Tempahan Bilik/Hotel/Chalet 
Kalo boleh, seminggu atau 2-3 hari sebelum pergi melancong tu, double confirm balik urusan-urusan ni.Mana lah tahu, diorang terlepas pandang ke haper.

8. Tukar mata wang sebelum bertolak.
Jika anda mahu bercuti ke luar negara, anda perlu menukar mata wang terlebih dahulu untuk berurus niaga. Anda digalakkan menukar wang anda terlebih dahulu sebelum pergi bercuti. Ini bagi mengelakkan masalah mencari tempat tukaran wang ketika berada di luar negara. Jika sudah sampai di sana bimbang kelam kabut pula atau mungkin membazir waktu bagi mencari lokasi tempat tukaran wang berhampiran.
9. Packing 
Apa lagi, kena packing la barang-barang untuk bawak kesana. Nak-nak mcm aku yg nak kena kemas untuk diri sendiri,suami & yg terbaru nnti anak...so kena la buat awal2...



10.Tido Yang Mencukupi 
Bagi yang naik kereta dan esp yang bawak kereta lah, kena rehat yang mencukupi lah untuk drive nanti. Lgpun kalau nak gi bercuti ni memerlukan tenaga yg byk sbb nak gi sana la sini la katakan..so kalau tido x cukup..mcm mana nak jalan2 kan...



11.Jangan pakai perhiasan yang mahal.
Memakai barangan kemas ketika bercuti perlu dielakkan sama sekali. Bercuti bukanlah tempat sesuai untuk menggayakan barangan hiasan yang anda miliki. Bimbang pula saat suka berganti duka nanti. Sebaiknya simpanlah barang kemas di rumah supaya keselamatan anda lebih terjamin. Takut juga hiasan anda akan jadi tumpuan si pencuri.Tp spt aku kini...aku telah insaf dr memakai brg2 kemas since rantai aku hilang...sbb bila x cukup lengkap aku rasa sakit hati bila ingat taw...huk huk


12. Duit mencukupi 
Ini mmg sgt penting coz x ada duit mmg sakit jiwa time nak berjalan...ye lakan..kata pun melancong nescaya ada je nak beli weiiii!!




No comments:

Post a Comment