Labels

Tuesday, April 12, 2011

BPA-free polycarbonate bottles

PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut.

Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.

“Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

“Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.

“Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.

“Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).

“Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.

Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.

Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.







AVENT
Oleh yg demikian aku pun telah mengambil langkah berjaga2 tersebut & bertukar kepada botol Free BPA...

Pada mulanya nak beli yg ni sgt2 coz semua org ckp bagus...tp ptg tu masa amik Emran sekalinya..salah sorang dr anak jagaan Cik CT menggunakkanya..so aku pun search la Int tuk cr yg lain yg agak ok2..



TOMMEE TIPPEE
Botol ni pulak aku search kat Int setelah diberitahu oleh Wanie...nengok punya nengok...ok gak ni..bentuk pun agak menarik...dan harga pun ok la...masih mampu di miliki..hehe
tp...try seach gak yg lain...so jumpa lah...

MAM

yg ini...& yg ini adalah atas suggestion adik aku c Ziera...sbb anak dia c Aqish guna botol ni...dan mmg aku agak tertarik gak sbb caler dia cun2 ar..hehe & harga pun ok...masih mampu milik gak...
tp...masih gak x decide nakbeli yg mana coz mata dah rambang ni...
slps tu...ternampak la catalog baru tupperware....


TUPPERWARE
dan tanpa berfikir pjg...aku pun terfikir tuk beli yg ini coz datang dtg pakej yg sgt menarik...
dan akhirnya antara semua di atas...TUPPERWARE telah terpilih tuk menjadi botol Emran...

Selain daripada yg ini..mummy gak dah belikan Emran botol kaca cap Anakku & satu lg dihadiahkan oleh Kak Sham..thanks sis                   

 BPA bukan hanya terkandung dlm botol susu tapi dlm banyak barang plastik yg lain. Cuma apabila ia digunakan dlm pembuatan botol susu utk bayi dan kanak-kanak, golongan ini lebih berisiko tinggi untuk terdedah dlm pembebasan BPA, seterusnya akan mempunyai masalah dlm kesihatan. Masalah tu bukan atas terus nampak tetapi ia akan berlaku di kemudian hari.

Rasanya salah seorang blogger pun pernah timbulkan isu ni. Dia nak beli botol BPA free tapi mak dia menyangkal dengan mengatakan bahawa semua anak-anak dia pakai botol yg ada BPA sejak kecil. Hidup je sampai sekarang. Hmm.. susah jugak kalau dah timbulkan evidence yg mcm tu.

Tapi kalau kita dah tau ianya membawa keburukan, apa salahnya kalau kita bertukar kepada botol yg lebih selamat, betul tak?

Skrg tak payah pening-pening. Sebab kementerian nak ban botol yg ada BPA, semua org tiada pilihan lain.

Lgpun botol2 ni pun bukan la terlalu mahal...semua harganya berpatutan & mampu milik..hehe 

No comments:

Post a Comment